Sunday, January 5, 2014

GENERASI KETIGA: MAHMUD/NORHAYATI

SEJARAH

Mahmud B. Hj. Gempal
Dikenali sebagai Pak Mud. Anak terakhir Hj.Gempal.
Pernah bertugas sebagai pegawai kastam. Kini menetap di Batu Kurau.

Isteri: Norhayati

Anak:
Cuma seorang perempuan yang sudah pun berumahtangga.

Nota:
Saya sekeluarga berkesempatan menghadiri majlis akad nikah anak Pak Mud/Makcik di Meru, Klang.





Saturday, January 4, 2014

GENERASI KETIGA: YAHYA

SEJARAH


Yahya B. Hj.Gempal

Di kenali sebagai Pak Ari.
Pada tahun 1978, 2 minggu saya bercuti di rumahnya di Gambang, Kuantan yang sedikit sebanyak dapat       mengenali beliau dan keluarganya dengan lebih mesra.Mengambil kereta-kereta baru dari Kilang pengeluaran kereta di Johor Bahru adalah tugasannya hampir  setiap hari. Memandu kereta-kereta baru  dari Johor Bahru ke Kuantan adalah rutin beliau sewaktu bertugas di Wearne Brothers, pengedar kereta Opel dan Ford. Pengenalan saya dengan keluarganya membuatkan saya mengenali bandar Kuantan dengan lebih terperinci termasuklah Pantai Teluk Cempedak.

Isteri: Khatijah.

Anak-anak (mengikut turutan):

1.Kamisah (dikenali sebagai Kak Mie)
   Suami: Mohd.Deli.

2.Mohd.Sabri (dikenali sebagai Abang Bee)
3.Zalina (Kak Ina)
4.Robiah (di kenali sebagai Midah)
5.Hamdan (dikenali sebagai Atan)
6.Norbaya (dikenali sebagai Zubai)
7.Zainal Abidin (dipanggil Enan)
8.Zuraidah (dipanggil Maria)
9.Norlaila (dengan nama gelarannya Nono)

Friday, January 3, 2014

GENERASI KETIGA: HJ ABDULLAH SANI

Sejarah

Haji Abdullah Sani Bin Hj.Gempal

Dikenali sebagai Pak Lah.
Bertugas sebagai anggota tentera sehinggalah bersara.

Isteri Pertama: Hajjah Shahani

Anak-anak isteri pertama (mengikut turutan)

1.Sallehuddin
  Kini menetap di Kajang, Selangor.

2.Fauziana
  Kini menetap di Kedah.

Isteri Kedua: Salmah

Anak-anak isteri kedua :
11 orang anak. Saya hanya mengenali yang pertama, Abdul Salam sewaktu mereka berkunjung ke Batu Kurau sekitar tahun 1985. Mengikut rekod saya, anaknya yang ke 10 sama usianya dengan anak saya yang lahir pada tahun 1999.

Nota:
Saya berkesempatan mengenali Pak Lah sekeluarga dengan lebih dekat ketika beliau menetap di Kampung Pasir, Ulu klang sekitar tahun 1980an. Beliau kemudian berpindah ke Alor Setar. Kini beliau menetap di Melaka.

GENERASI KETIGA: MOHD.GHULAM/HABIBAH @ ZAINON

SEJARAH
Mohd.Ghulam B. Hj. Gempal.
(Ayah saya)

Dilahirkan pada 22Julai 1935.
Setelah menamatkan persekolahan, beliau berhijrah ke Singapura untuk menyertai pasukan tentera British.
Mendirikan rumahtangga pada 17 Disember 1960.
Berhijrah semula ke Johor Bahru setelah tamat perkhidmatan tentera dan kami sekeluarga menetap di Kampung Kempas, Johor Bahru pada awal tahun 1970.
Bertugas selama 19 tahun di MPJB(Majlis Perbandaran Johor Bahru) yang dulunya dikenali sebagai Majlis Bandaran Johor Bahru dan kini Majlis Bandararaya Johor Bahru (MBJB) sehinggalah bersara pada awal 1990an.
Menunaikan fardu haji pada 2010.
Meninggal dunia di Johor Bahru pada 2011.

Isteri:  Habibah @ Zainon bt. Hj. Abdullah
(Ibu saya)

Dilahirkan di Perak pada 14 April 1938.
Kini menetap di Johor Bahru.


Anak-anak (mengikut turutan)

1.Norzarinawati

2.Noraini (telah meninggal dunia)

3.Zasman (penyusun blog ini!)

4.Norzida

5.Zakuan

CATATAN 01APRIL2014

GENERASI KETIGA:KELUARGA MAHMUDAH/OMAR

Sejarah
Mahmudah Binti Hj.Gempal - Di kenali sebagai Mak Ngah, anak kedua kepada Hj.Gempal dan.Hjh.Fatimah

Suami: Omar

Kedua-duanya telah meninggal dunia.

Anak-anak (Mengikut turutan)

-Kesemuanya di besarkan di Batu Kurau, Perak


1.Maheran (meninggal dunia)
   Suami: zakaria Mohamad (meninngal dunia)

2.Mahanum

3.Saiful Bahari
   Isteri: Azizah Sujak
   -Mengakhiri tugasnya sebagai pegawai kastam di di Johor Bahru.
   -Bersara dan kini menetap di Air Hitam, Johor.

4.Sharul Effendi
   -kami mengenalinya dengan panggilan Aro.

5.Mei

6.Shahirol Hasan Basri
  -lebih mesra dengan panggilan Asi.

7.Maznura
  -lebih mesra dengan panggilan Lala.