Tuesday, December 31, 2013

06-08Disember2013:HARI KELUARGA TERKINI

Duta Vista 07Dis2013
Bertempat di Duta Vista, Kuala Lumpur, 06-08Disember 2013 adalah merupakan tarikh majlis santai bersama keluarga yang dikendalikan oleh Keluarga Rahmat Mokhtar. Gambar diatas sempat dirakam yang mewakili cucu dan cicit Hj.Gempal (wanita sahaja). Disini pertemuan ahli-ahli keluarga seluruh Malaysia khasnya bagi keluarga Mokhtar. Untuk kali ini, ia dihadiri oleh Keluarga Zasman Mohd.Ghulam (Kuala Lumpur), Zaiton Mokhtar (Alor Setar), Zaimah Mokhtar (Kamunting),Zubaidah Mokhtar(Ipoh) dan tidak lupa juga sepupu saya yang terpisah hampir 30 tahun, Sallehuddin Abdullah Sani (Kajang). Turut bersama Mak Long Zaleha. 

Saturday, November 16, 2013

GENERASI KETIGA: KELUARGA MOKHTAR/ZALEHA

SEJARAH

Mokhtar
Isteri, Zaleha Mohamad - Mak Long
(Nota: Kedua-duanya telah meninggal dunia)



ANAK-ANAK (mengikut turutan)

1.Zawiah

2.Zuraidah

3.Rahmat

4.Zaiton

5.Ramlan/Merani Bt.Zainon
   Perkahwinan pada tahun 1991

6.Zubaidah

7.Zaimah
   (pertama dengan Mohd Zulrushdi b.Md Yusof pada Mei 1991 dan berpisah kemudian)

8.Zainiah


Sekadar catatan

Sepanjang saya berada di Batu Kurau, Pak Long juga berkesempatan membawa saya ke Taiping dan juga ke Alor Setar mengunjungi anak-anaknya, Zawiah dan Zaiton.

Pada tahun yang sama kedua-dua nindaku meninggal dunia, Pak Long meninggal dunia pada 1991.

CATATAN 17NOV2013.


Tuesday, November 12, 2013

HJ.GEMPAL,ISTERI DAN ANAK-ANAK

SEJARAH


Ninda ku, Haji Gempal B. Alang (1895-1991) dan
isterinya Hajjah Fatimah Bt Musa (1903-1991).
Kedua-duanya meninggal dunia pada tahun 1991.

ANAK-ANAK HJ.GEMPAL/HJH. FATIMAH

(mengikut turutan)

1.Mokhtar (193x - 1991)
   - Pak Long @ Mamak Sam

2.Mahmudah (193x-198x)
   - Mak Ngah

3.Mohd.Ghulam (22Jul1935 - Jan2001) 
  -Ayahndaku yang tercinta.Dipanggil Pak Andak.

4.Yahaya (194x-1999) 
  - Pak Ari

5.Abdullah Sani (1942) 
  - Pak Lah

6.Mahmud (19xx)
  - Pak Mud


CATATAN 11DISEMBER 2013

Friday, November 8, 2013

GENERASI KEDUA: GEMPAL BIN ALANG (1895-1991)

Alfatihah buat ninda yang tercinta, Hj.Gempal Bin Alang.

Dalam kesempatan bercuti sebelum saya melanjutkan pelajaran ke luar negeri pada 1986, saya dapat menghabiskan masa yang agak lama di Batu Kurau,Perak.

127,Belakang Pekan,Batu Kurau, Perak.

Disinilah kediaman nindaku sehingga hayatnya yang terakhir.

Diceritakan pada mulanya beliau menetap tinggal di Kuala Kangsar sebelum memiliki sebuah rumah di bandar Taiping. Kerjayanya sebagai seorang guru diakhirinya di Sekolah Kebangsaan Tok Sajak Batu Kurau. Jawatan yang terakhir dipegangnya adalah seorang Guru Besar.

Dengan berbekalkan wang pencen yang diambil hampir setiap bulan di Pekan Taiping membolehkan beliau menyara dirinya dan keluarga yang sama-sama dibesarkan di Batu Kurau.

Beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1991 setelah kematian isterinya dan anaknya,Mokhtar (Pak Long atau lebih dikenali mamak Sam) pada tahun yang sama.

Meninggal dunia pada usia 96 tahun. Dicatat sebagai mati tua di surat mati.Tahun kelahirannya tidak begitu pasti ..tetapi sekitar penghujung 1890an (anggarannya Tahun 1895).

Dikhabarkan sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir (sekitar jam 11pagi), Beliau sempat memanggil kesemua ahli keluarga yang terdekat untuk menyampai bicara hatinya yang terakhir.

Sebelum tahun 1986, saya agak jarang ke Batu Kurau. Adapun bertemankan arwah Bonda Asbah dan ninda Musa Rashid dari Kampung Gunung Mesah Hilir, Perak saya berkesempatan ke sana
dengan waktu yang agak singkat.

Masih ingat lagi kenangan manis bersama beliau bila saya berada di Batu Kurau. Saya merupakan diantara cucu yang digemari beliau. Pada kesempatan itulah, saya dapat mengenali beliau dengan lebih dekat.

Sesudah bersara, rutin beliau adalah seperti berikut:-

Jam 4.30-5 pagi, beliau akan bangun dan bersiap untuk menunaikan solat subuh. Lazimnya sebelum beliau uzur, beliau akan berjalan kaki ke Masjid. Sepanjang hidupnya, beliau tidak memiliki motorsikal ataupun kereta.

Jam 6.30pagi, beliau membuka semua tingkap-tingkap di rumah berdekatan bilik tidur beliau dan kawasan makan. Beliau tidak sama sekali masuk ke kawasan bawah rumah (yang tersedia televisyen dan ruang rehat kami di waktu siang).

Jam 7 pagi, beliau akan membuka radio untuk mendengar berita Jam 7.

Jam 7.30pagi, beliau akan bersarapan. Lazimnya, beliau akan membaca akhbar tempatan. Dulunya, beliau membaca Utusan Zaman, akhbar Jawi.

Jam8.30pagi, beliau akan memanggil sepupu saya untuk ke pasar membeli lauk-pauk. Beliau akan menyediakan sehelai kertas yang siap dengan lis barangan yang hendak dibeli.

Jam9 pagi, beliau akan menulis diarinya. Pernah saya terbaca tulisannya yang agak menarik bagai seorang pengarang.

Antaranya " Suasasa pagi agak hening. ......'"

Sayangnya, saya tak berkesempatan untuk menyimpannya sesudah beliau meninggal dunia kerana almari buku-bukunya habis dimakan anai-anai. Saya hanya sempat menyimpan sebuah buku agama tulisan HAMKA yang dicetak pada tahun 1969 -Pegangan Hidup Seorang Muslim. Diselitnya sekeping tiket bas sebagai penanda buku dan tercatat tarikh beliau membeli buku tersebut.


Jam 10 hingga 11 pagi- kebiasaannya beliau akan membaca buku dan kitab-kitab lama.

Sebelum ke masjid untuk solat Zuhur, beliau akan tidur seketika.

Waktu makan tengaharinya adalah selepas Solat Zohor.

Petang - Masanya dihabis dengan berehat sebelum Asar dan membaca buku/majalah.

6.30 petang - rutinnya seperti biasa akan menutup semua tingkap-tingkap. mandi dan bersiap sebelum Magrib

9 malam - Sesudah Isya, beliau dan ninda Hajjah Fatimah akan makan malam. Saya, Sallehuddin, Zubaidah
sepupu saya pernah bersama-sama makan makan dengan beliau.

Sepanjang hidupnya, beliau tidak merokok dan tidak pernah langsung melihat beliau menonton televisyen bersama-sama kami, cucu-cucunya.

CATATAN 11OGOS2013
  

PRAKATA

Assalamualaikum,

Buat anak-anakku, Muhamad Adi Najmi dan Muhammad Adam Nazmi
dan generasi yang akan datang.

Bukan sekadar mencatat sejarah keluarga tapi sebagai rujukan bagi setiap individu yang merupakan ahli keluarga Alang.

Alang - Nama moyang saya

Gempal- Nama ninda saya (bapa kepada ayah saya,Mohd Ghulam dan juga Pak Long, Pak Lah, Pak Ari, Mak Ngah Mahmudah dan Pak Mud)

Berdasarkan fakta yang sedia ada dalam serba kekurangan, izinkan saya untuk mencoretkan kisah keluarga nindaku Hj.Gempal.


Penyusun cerita

Zasman Bin Mohd Ghulam Bin Gempal Bin Alang
05 Muharram 1435H
11 Ogos 2013M